Menu
Brent_Renaud Kehidupan awalRenaud dilahirkan pada 2 Oktober 1971[1] di Memphis, Tennessee, dan dibesarkan di Little Rock, Arkansas.[1] Ibunya, Georgen Freasier, merupakan seorang pekerja sosial dan ayahnya, Louis Renaud, merupakan seorang jurujual.[1] Renaud memperoleh ijazah sarjana muda dalam kesusasteraan Inggeris dari Southern Methodist University dan Ijazah Sarjana dalam Sosiologi dari Universiti Columbia.[1][2][3]
Beliau tinggal dan bekerja di Little Rock dan Bandar New York.[4][5] Dengan kerjasama abangnya Craig, Brent Renaud menghasilkan satu siri filem dan program televisyen, kebanyakannya memfokuskan pada kisah kemanusiaan dari kawasan panas di dunia.[5] Dari 2004 hingga 2005, adii-beradik Renaud merakamkan siri Discovery Channel Off to War. Ia meliputi anggota simpanan Arkansas dalam konflik Iraq dan keluarga mereka.[6][7]
Adik-beradik itu juga meliputi peperangan di Iraq dan Afghanistan, gempa bumi 2010 di Haiti, krisis politik di Mesir dan Libya, konflik-konflik di Afrika, perang dadah Mexico dan krisis pelarian di Amerika Tengah.[5] Mereka memenangi beberapa anugerah dalam televisyen dan kewartawanan, termasuk Anugerah Peabody pada tahun 2015 untuk siri video mereka "Last Chance High".[8] Adik beradik itu mengarahkan dokumentari Meth Storm, yang dikeluarkan pada 2017 oleh HBO Documentary Films.[9] Pada 2019, Renaud dilantik sebagai profesor pelawat di Universiti Arkansas.[10] Renaud ialah Felo Nieman 2019. Bersama abangnya, beliau juga adalah penerima anugerah Pulitzer Center; mereka juga mengasaskan Festival Filem Little Rock.
Menu
Brent_Renaud Kehidupan awalBerkaitan
Brent Corrigan Brent Renaud Brent Everett Brentford F.C. Brent Owens Brent Kinsman Brentonico Brenthonne Brenta (bandar) Brentino BellunoRujukan
WikiPedia: Brent_Renaud http://data.rero.ch/02-A026659447 http://aff.bside.com/2009/films/warriorchampions_c... http://www.imdb.com/name/nm1863692/ http://www.nj.com/south/index.ssf/2011/10/stockton... //doi.org/10.1177%2F1741659018756931 http://niemanreports.org/authors/brent-renaud/ //www.worldcat.org/issn/0362-4331 https://arktimes.com/arkansas-blog/2015/04/20/rena... https://www.astroawani.com/berita-dunia/wartawan-m... https://www.bbc.com/news/live/world-europe-6071790...